Monday, November 17, 2008

Martabat Istiqamah

Firman Allah s.w.t.: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang lurus(benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu.” Surah Hud:112 Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah.


Sebenarnya istiqamah itu lebih meluas pengertian, konteks dan kehendaknya dari sekadar kosisten. Sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni dan berpahala serta didorong oleh iman, manakala etika hanya sifat yang dibiasakan pada waktu dan ditempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman. Etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yang telah sebati. Istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, baik rohaniah atau jasmani, baik hablumminallah (hubungan dengan Allah) mahupun hablumminannas (hubungan dengan manusia). Istiqamah yang paling utama adalah istiqamah di dalam aqidah dan keimanan. Hati mukmin tidak akan goyah dan goyang walau diuji seberat mana sekalipun. Imannya sama sekali tidak dicelahi penyakit syak, zdan dan waham iaitu kategori penyakit ragu-ragu dan kurang yakin. Pendek kata, mukmin itu tetap dan lurus di dalam keimanannya.

Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu berasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu’.” Surah Fussilat:30

Thursday, October 23, 2008

"MENYORATI SEJARAH MUSLIMAH - ZAINAB AL-GHAZALI-

Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.Baliau yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau dipanggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah Binti Kaab iaitu salah seorang Sahabat wanita di zaman Rasulullah s.a.w.Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranya berpindah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ.

Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang dipimpin oleh Huda Syaarawi.Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ‘ulama al-Azhar kerana dikatakan tidak selari dengan Islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak.Pandangan serong pertubuhan itu yang disifatkan amat merbahaya kepada umat Islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya.Kesedaran kepada Islam menyerlah dalam diriSelepas sekian lama beliau menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu, dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah Islam.Penyakitnya semakin sembuh, dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh Mesir.

Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pimpinan al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati ditembak.Sepanjang pengenalan beliau dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan agar pertubuhan muslimat itu menjadi anggota sayap gerakan al-Ikhwan khusus bagi muslimat dan beliau diminta menerajuinya.

Gerakan al-Ikhwan menerima pelbagai mehnah dan tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya ditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa an-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting untuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang ditangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang diperlukan.Tekanan demi tekanan yang diterima, hingga beliau diminta oleh Presiden Jamal Abdel Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras.Keengganannya untuk menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan beliau dibekukan, segala bahan penerbitannya dihentikan .Beliau kemudiannya ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.Beliau ceritakan semuanya dalam bukunya “Aiyam min hayati” yang bermaksud hari-hari dalam hidupku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohammad Tahir Daeng Mengati.Dengan perantaraan dan campur tangan bekas Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz, beliau telah dibebaskan di zaman pemerintahan Presiden Anwar Sadat pada Ogos 1971.

Setelah beliau dibebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negara asalnya Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam.Beliau juga dikatakan amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah.Pada pertengahan tahun lapan puluhan, beliau serta beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali..Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dan sebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab.Antaranya “Nahwa Baa’tahun Jadid” iaitu Kea rah kebangkitan era baru dan “Nazarat fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.

Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijana menerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita/muslimat.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.Jenazahnya akan disempurnakan pada 4 Ogos 2005 di Masjid ra’baah Adawiyyah di Nasr City seperti yang dimaklumkan ahli keluarganya yang terdekat.-muslimah harapan-

Sunday, October 19, 2008

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?? ?? This is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.


One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.


At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different.


It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.

Tuesday, October 14, 2008

Tazkirah Remaja: Panduan kekal amalan baik selepas Ramadan

· Cuba mencari pertolongan Allah untuk membimbing anda berada di jalan lurus dan tetap teguh di landasan kebenaran. Mengenai perkara ini elok diperhatikan ayat 8 Surah Ali-Imran, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.

Gigih mengikuti kuliah dan syarahan agama.
· Menambah pengetahuan mengenai biografi nabi, sahabat dan golongan beriman sama ada melalui buku atau sumber lain. Ia akan memandu anda untuk tetap berada pada landasan kebenaran serta mencontohi jejak langkah mereka yang terpuji dan diredai Allah.

· Mendengar rakaman ceramah agama.

· Tekun mengerjakan ibadat (wajib) dengan penuh tanggungjawab.

· Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan, walaupun sedikit. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “…amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan, walaupun ia sedikit.”

· Mula memerhati ayat al-Quran. Baca ayat al-Quran yang anda pelajari ketika mengerjakan solat dan amalkan membacanya sekerap yang boleh.

· Banyak berzikir (mengingati Allah) dan memohon keampunan daripada Allah. Amalan ini mungkin nampak kecil, tetapi jika selalu diamalkan ia akan meningkatkan keimanan dan memberikan kekuatan kepada jiwa.

· Waspada terhadap setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat, program televisyen yang tidak sopan, lagu dan gambar tidak elok.

· Terakhir tetapi penting ialah taubat, iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan menyimpang daripada landasan kebenaran lagi. Allah suka apabila hamba-Nya kembali kepada-Nya dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Zakat bersih jiwa

DALAM surah al-A’la, ayat 14 dan 15 menjelaskan: “Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat.”Berdasarkan satu hadis diriwayatkan Ibn Khuzaimah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai ayat berkenaan dan baginda menerangkan, yang ayat terbabit diturunkan mengenai zakat fitrah.

Demikian juga menurut satu lagi riwayat daripada Saidina Ali; maksud membersihkan diri pada ayat terbabit ialah mengeluarkan zakat fitrah dan ‘menyebut nama Tuhan serta mengerjakan solat’ ialah mengucap takbir pada hari raya dan mengerjakan solat hari raya.Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas umat Islam kerana berakhirnya bulan Ramadan dan dikeluarkan mengikut peraturannya. Ia disyariatkan pada Sya’ban tahun kedua hijrah dengan beberapa tujuan, antaranya untuk membersihkan diri orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan buruk dan sia-sia serta memberikan kelapangan kepada orang miskin untuk menyambut hari raya.Sebagaimana ibadat yang lain bergantung kepada batas waktunya, ibadat zakat fitrah juga tidak terkecuali, malah menurut ulama, orang yang melengahkan zakat fitrah sehingga terlepas waktu yang ditentukan bukan saja berdosa, bahkan tetap wajib membayarnya selepas itu. Jika ia tidak dibayar, ia tetap menjadi hutang yang ditanggung individu terbabit, sehingga ia menjelaskannya suatu ketika nanti walaupun pada akhir hayatnya, menunjukkan besarnya kewajipan berzakat dan tidak boleh dipandang ringan walaupun jika dibandingkan dengan kadar nilainya beberapa ringgit.

Mazhab Syafie membahagikan kepada lima waktu iaitu waktu harus (pada awal bulan Ramadan), waktu wajib (apabila masuk matahari pada akhir bulan Ramadan), waktu fadilat/afdal (sebelum keluar untuk mengerjakan solat hari raya), waktu makruh (jika diakhirkan selepas solat hari raya dengan tiada uzur) dan waktu haram (diakhirkan hingga selepas hari raya dengan tiada uzur).Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah tempat seperti beras di Malaysia dan kadarnya ialah segantang Baghdad, bersamaan tiga cupak sukatan Malaysia atau tiga kati dua belas tahil atau dua kilogram 250 gram.Makanan utama sebagai zakat fitrah menjadi pegangan dalam mazhab Syafie, kecuali disebabkan beberapa perkara seperti berlaku darurat atau diperintahkan oleh pihak berkuasa, lalu diharuskan membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan seperti beras.Diharuskan juga kerana adanya aturan daripada pemerintah terhadap sistem zakat fitrah dengan wang kerana beberapa alasan yang bertujuan baik, seperti asnaf yang lapan terutama fakir miskin lebih bersedia menerima wang berbanding beras.

Hari ini masyarakat secara umumnya menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras disebabkan ada kelapangannya, sama ada daripada pihak yang menunaikan zakat atau penerimanya berdasarkan kadar yang ditetapkan di negeri masing-masing.Kadar zakat yang ditetapkan umumnya berbeza-beza pada setiap tahun dan di antara negeri, berdasarkan beberapa faktor seperti kos barang dan sara hidup, namun kadangkala kadar yang ditetapkan di kawasan kota lebih rendah berbanding di negeri yang kos hidupnya tidak seberapa.Bagi tahun ini, kadar zakat fitrah di Johor RM6.50, Kedah RM7, Kelantan RM7.60, Melaka RM6.30, Negeri Sembilan RM6.50, Pulau Pinang RM5, Pahang RM7.30, Perak RM7, Perlis RM6 - RM7, Sabah RM7.20, Sarawak RM7.50, Selangor RM5.20, Terengganu RM6 -RM8 dan Wilayah Persekutuan RM5.20.

Mengenai pelaksanaan ibadat zakat fitrah dengan wang, ulama ada memberikan sedikit huraian:- Tidak sah jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah, mengikut mazhab Syafie seperti niat: “Wang ini untuk fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku.” Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini.”- Harus menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) dalam mazhab Syafie tetapi lebih afdal dengan makanan. Dalam mazhab Hanafi, lebih afdal dengan harga daripada makanan.

Dari sini, dapat diperhatikan juga aspek penting yang menentukan sah atau tidak ibadat zakat fitrah ialah niat. Ini juga sesuai dengan hadis Bukhari yang menerangkan, setiap amalan adalah berdasarkan niat. Waktu berniat ialah ketika menyerahkan zakat. Boleh juga didahulukan sewaktu mengasingkan benda zakat itu untuk diserahkan kerana zakat boleh diwakilkan.Niat zakat fitrah seperti: “Ini zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini.” Tetapi jika menunaikan zakat fitrah dengan wang, niatnya: “Ini wang ganti beras zakat fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku, pada tahun ini.” Daripada (Abdullah) Ibn Umar r.a, katanya: Rasulullah s.a.w sudah menentukan wajibnya zakat fitrah, segantang daripada buah tamar atau segantang dari sya’ir (sejenis gandum) atas setiap orang hamba abdi atau merdeka, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan umat Islam.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 10, 2008

RAMADHAN KAREEM....

assalammualaikum....

hari ini sudah masuk hari ke-10 kita menunaikan ibadah puasa..
semoga amalan yang dilakukan sebelum ini dan amalan yang akan dilakukan nanti mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah....
di bulan yang penuh barakah ini marilah sama2 kita berusaha meningkatkan amalan di samping mengajak sahabat2 kita ke arah yang makruf dan menegah kemungkaran...

Diantara amaliyah-amaliyah Ramadhan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW baik itu amaliyah ibadah maupun amaliyah ijtijma'iyah adalah sebagai berikut:


I. Shiyam (puasa)Amaliyah terpenting selama bulan Ramadhan tentu saja adalah shiyam (puasa), sebagaimana termaktub dalam firman Allah pada surat al Baqoroh :183-187


Tidak meninggalkan shiyam, walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syari'at Islam. Rasulullah SAW bersabda bahwa : "Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshoh atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak bisa ditebus bahkan seandainya ia berpuasa selama hidup" (HR At Turmudzi).


Menjauhi hal-hal yang dapat mengurangi atau bahkan menggugurkan nilai shiyam. Rasulullah SAW pernah bersabda : " Bukanlah (hakikat) shiyam itu sekedar meninggalkn makan dan minum, melainkan meninggalkan pekerti sia-sia (tak bernilai) dan kata-kata bohong" (HR Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). Rasulullah juga pernah bersabda bahwa : " Barangsiapa yang selama berpuasa tidak juga meninggalkan kata-kata bohong bahkan mempraktikkannya maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, iaitu sekadar meninggalkan makan dan minum ( Bukhori wa Muslim)

Bersungguh - sungguh melakukan shiyam dengan menepati aturan-aturannya. Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampunkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan " (HR. Bukhori, Muslim dan Abu Daud).


Bersahur, makanan yang berkah (al ghoda' al mubarok ). Dalam hal ini Rasulullah pernah bersabda bahwa : " Makanan sahur semuanya bernilai berkah, maka jangan anda tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur" (HR. Ahmad). Dan disunnahkan mengakhirkan waktu makan sahur .


Ifthor, berbuka puasa. Rasululah pernah menyampaikan bahwa salah satu indikasi kebaikan umat manakala mereka mengikuti sunnah dengan mendahulukan ifthor (berbuka puasa) dan mengakhirkan sahur. Dalam hal berbuka puasa Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahwa : " Sesungguhnya termasuk hamba Allah yang paling dicintai olehNya, ialah mereka yang bersegera berbuka puasa. " (HR. Ahmad dan Tirmidzi). Bahkan beliau mendahulukan ifthor walaupun hanya dengan ruthob (kurma mengkal), atau tamr (kurma) atau air saja " (HR. Abu Daud dan Ahmad).

Berdo'a. Sesudah hari itu menyelesaikan ibadah puasa dengan berifthor, Rasulullah SAW seperti prilaku yang beliau lakukan sesudah menyelesaikan suatu ibadah, dan sebagai wujud syukur kepada Allah, beliau membaca do'a sebagai berikut ; Rasulullah bahkan mensyari'atkan agar orang-orang yang berpuasa banyak memanjatkan do'a, sebab do'a mereka akan dikabulkan oleh Allah. Dalam hal ini beliau pernah bersabda bahwa : " Ada tiga kelompok manusia yang do'anya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah do'a orang-rang yang berpuasa sehingga mereka berbuka" (HR. Ahmad dan Turmudzi).


II. Tilawah (membaca) al Qur'anRamadhan adalah bulan diturunkannya al Qur'an. (QS. Al Baqoroh: 185). Imam az Zuhri pernah berkata : " Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain shiyam) ialah membaca al Qur'an". Hal ini tentu saja dilakukan dengan tetap memperhatikan tajwid (kaedah membaca al Qur'an) dan esensi dasar diturunkannya al Qur'an untuk ditadabburi, dipahami dan diamalkan (QS. Shod: 29).


III. Ith'am ath tho'am (memberikan makanan dan shodaqoh lainnya).Salah satu amaliyah Ramadhan Rasulullah ialah memberikan ifthor (santapan berbuka puasa) kepada orang-orang yang berpuasa. Seperti beliau sabdakan :"Barangsiapa yang memberi ifthor kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut " (HR. Turmudzi dan an Nasa'i). Hal memberi makan dan sedekah selama bulan Ramadhan ini bukan hanya untuk keperluan iftor melainkan juga untuk segala kebajikan, Rasulullah yang dikenal dermawan dan penuh peduli terhadap nasib umat, pada bulan Ramadhan kedermawanan dan keperduliannya tampil lebih menonjol, kesigapan beliau dalam hal ini bahkan dimisalkan sebagai " lebih cepat dari angin " (HR Bukhori ).


VII. Qiyam Ramadhan (sholat tarawih)Diantara kegiatan ibadah Rasulullah selama bulan Ramadhan ialah ibadah qiyam al lail, yang belakangan lebih populer disebut sebagai solat tarowih. Hal demikian ini beliau lakukan bersama dengan para sahabat beliau. Sekalipun karena kekhawatiran bila akhirnya solat tarawih (berjama'ah) itu menjadi diwajibkan oleh Allah, Rasulullah kemudian meninggalkannya. (HR. Bukhori Muslim). Dalam situasi itu riwayat yang shohih menyebutkan bahwa Rasulullah solat tarowih dalam 11 raka'at dengan bacaan-bacaan yang panjang (HR. Bukhori Muslim). Tetapi ketika kekhawatiran tentang kewajipan solat tarowih itu tidak ada lagi, kita dapatkan riwayat-riwayat lain, juga dari Umar ibn al Khattab RA, yang menyebutkan jumlah raka'at solat tarowih adalah 21 atau 23 raka'at. (HR. Abdur Razaq dan al Baihaqi). perbedaan reka'at ini elok juga bila kita meneliti pendapat dan kajian dari Ibnu hajar al Asqolani asy Syafi'i, seorang tokoh yang juga dijuluki sebagai amirul mu'minin fi hadits, beliau menyampaikan bahwa :Beberapa informasi tentang jumlah raka'at tarowih itu menyiratkan ragam sholat sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing, kadang ia mampu melaksanakan solat dalam 11 raka'at, kadang 21 dan terkadang 23 raka'at pula. Hal demikian itu kembali juga semangat dan antusiasme masing-masing. Dahulu mereka yang solat dengan 11 raka'at itu dilakukan dengan bacaan yang panjang sehingga mereka bertelekan diatas tongkat penyangga, sementara mereka yang solat dengan 21 atau 23 reka'at mereka membaca bacaan-bacaan yang pendek (dengan tetap memperhatikan thoma'ninah sholat) sehingga tidak menyulitkan.

Sunday, August 10, 2008

Wanita Acuan Al-Quran



Wanita acuan Al-Quran ialah seorang wanita yang berimanYang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWTYang sentiasa haus dengan ilmuYang sentiasa dahaga dengan pahalaYang solatya adalah maruah dirinyaYang tidak pernah takut berkata benarYang tidak pernah gentar melawan nafsuWanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menjaga tuturkatanyaYang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikiyaYang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinyaYang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindungYang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai ramai musuh


Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menghormati ibubapanyaYang sentiasa berbakti kepada kedua ibubapanyaYang bakal membahagiakan keharmonian rumahtanggaYang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama IslamYang auratnya dikhaskan buat suami tercintaYang mengamalkan cara hidup penuh kesederhanaanKerana dunia baginya adalah rumah sementarta menunggu akhirat


Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanyaYang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifatRasulullah SAW sertaWanita sufi yang digariskan dalam kalamullahYang boleh diajak berbincang dan berbicaraYang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atas-Nya


Wanita acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masaMatanya kepenatan kerana kuat membacaYang suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikirYang tidurnya lena dengan cahaya keimananBangun subuhnya penuh kecerdasanKerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematanganWanita acuan Al-Quran sentiasa mengingati matiYang baginya hidup di dunia adalah ladang di akhiratYang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijagaMeneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudianbersama lelaki…


Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang tidak pernahterpesona dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan syurgaDi situlah rumah impiannyaBersama lelaki acuan Al-Quran ganjaran Allah SWTSemoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran....

Saturday, August 9, 2008

Cinta yang Keciciran

oleh : Hafiz Iqtidar*

Antara debar dan derap perjuangan, peluh mula mengalir meracik kesabaran... Masih belum mengertikah sahabatku? Segala cinta dusta dan buta, kecuali cinta kepada Si Pencipta...DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali, harapnya tidak dengan cinta yang keciciran dan hilang...Ketika meranduk sungai cinta yang palsu....Mudah benar kau tertipu wahai sahabat, dengan fatamorgana yang kau kejar dari kejauhan, hilang apabila hampir. Kau ditipu nafsu; lalu kau hamburkan perkataan sia-sia, lupa segala yang kau ucapkan, bakal menjadi saksi di mahkamah Tuhan Maha Adil.'Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang beriman. Padahal orang-orang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batasan'(2:212)

Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada...mahukah lagi mencabar Tuhan?sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar.Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang setia...kerana kau tidak mengetahui, bila maut akan menerkam.

Kau sudah lama benar tertipu duhai sahabat, lupakah kau pada kata-kata Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, 'cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah dengannya.'Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur...Marahkah dikau sahabat, andaiku cuba mengajak kepada yang makruf? Mengertilah,aku tidak lagi mampu bersabar,bimbang... esok bukan lagi hari yang dijanjikan buatmu...kerana aku benar-benar mencintaimu, cinta kerana Si Pencipta....

Sunday, August 3, 2008

WHY ARE MUSLIMS DIVIDED INTO SECTS/ DIFFERENT SCHOOLS OF THOUGHT?

Question
When Muslims follow one and the same Qur’an, then why are there so many sects and different schools of thoughts among Muslims?

Answer)
1)Muslims should be united.
It is a fact that Muslims today, are divided amongst themselves. This tragedy is that such divisions are not endorsed by Islam at all. Islam believes in fostering unity amongst its followers.

The Glorious Qur’an says:

“ And hold fast,
All together, by the rope
Which Allah ( stretches out for you),
And be not divided among yourselves:”

( al-Imran 3: 103)

All Muslims should follow the Qur’an and authentic Ahadith and be not divided among themselves.

2) it is prohibited to make sects and division in Islam.
The Glorious Qur’an says:

“ As for those who divide , The religion and break up
Into sects, thou hast, No part in them in the least,
Their affair is with Allah, He will in the end
Tell them truth of all that they did.”

( Al-An'am 6: 159)

In this verse, Allah s.w.t says that one should disassociate oneself from those who divide their religion and break it up into sects.

But when one asks Muslim, “ what are you?”, the common answer is either ‘I am sunni or I’m shia’h. some call themselves Hanafi or Shafi’e or Maliki or Hanbali.

3) Our Prophet was a Muslim.
One may ask such Muslims, “ What was our beloved prophet (pbuh)? Was he a Hanafi or a Shafi’e or a Hanbali or a Maliki?” No! He was a Muslim, like all the other prophets and messengers of Allah before him.

It is mentioned in chapter 3 verse 67, Al-Quran says that Ibrahim (pbuh) was not a Jew or a Christian but was a Muslim.
4) Quran says call yourselves Muslim
If anyone poses a Muslim the question what are you, he should say “ I’m a MUSLIM, not Hanafi or a Shafi’e”. Surah al Fussilat chapter 41 verse 33 says:

“ Who is better in speech ,Than one who calls ( men)
To Allah, works righteousness And says, I am those who bow in Islam ( Muslim)?”
( Fussilat 41: 33)

The Prophet (pbuh) dictated letters to non-Muslim kings and rulers inviting them to accept Islam. In these letters, he mentioned the verse of the Quran from Surah Ali Imran chapter 3 verse 64:

Says : “ Bear witness that we (at least) are Muslims ( bowing to Allah’s will).”

(Al-Imran 3:64)

5. Respect all the Great Scholars of Islam
We must respect all the great scholars of Islam, including the four Imam Abu Hanifah, Imam As-Shafi’e, Imam Ibn Hanbal and Imam Malik ( May Allah be pleased wth them all). They were great scholars and may Allah reward them for their research and hard work. One can have no objection if someone agrees with the views ang research of Imam Abu Hanifah or Imam Shafi’e etc. but when posed the question, ‘what are you?’, the reply should only be ‘ I’m a Muslim’.

6. Some may argue by quoting the hadith of our beloved Prophet from Sunan Abu Daud Hadith No. 4579. In this hadith the Prophet ( pbuh) is reported to have said, “ My community will be split up into seventhy-three sects.”

This hadith reports that the Prophet predicted the emergence of seventhy-three sects. He did not say that Muslims should be active in diving themselves inti sects. The Quran commands us not to creat sects. Those who follow the teaching of the Quran and Sahih Hadith and do not creat sects are the people who are on the true path.

According to the Tarmizi Hadith no. 171 the Prophet (pbuh) is reported to have said,
“ My Umma will be fragmented into seventhy-three sects and all of them will be in Hellfire except one sect.” The companions asked Allah’s messenger which group that would be. When upon he replied: “ It is the one to which I and my companions belong.”

::Passage from the book “20 Most Common Questions About Islam”by Dr. Zakir Abdul Karim Naik


Monday, July 21, 2008

MLM: YANG HALAL DAN YANG HARAM


Oleh; Ust. Ahmad Adnan Fadzil
(Dipetik dari blog Soal-Jawab Agama; http://ilmudanulamak.blogspot.com/, kendalian Ust. Ahmad Adnan Fadzil)



Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia . Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

Jawapan;

Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus.

Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.
Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).Syarat-syarat bagi akad perniagaanBagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan.

Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;

1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya.
Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.Larangan-larangan Syarak dalam perniagaanSetiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;a) Membantu kepada perbuatan maksiatb) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuanc) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan- keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.(d) Mengurangi timbangan(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM.

Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.Syarat-syarat yuran keahlian Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya.

Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;

1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).Bonus Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid” Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.

Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.

(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang )Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli

sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.Wallahu A’lam.


Rujukan;
1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon , Virginia , U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq , Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut , Lubnan (2000)

Sunday, June 22, 2008

Pendekatan Siasah Syari’yyah di Malaysia

Oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Pelbagai pihak kelihatan masih keliru dan curiga terhadap Pendekatan Siasah Syari’yyah yang dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat untuk dilaksanakan di Negara ini , khasnya di negeri – negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat . Lebih malang apabila ia ditempelak dan dibahas tanpa ilmu sebaliknya penuh curiga dan berniat tidak baik terhadapnya.

Saya melihat fenomena ini berurutan dari sindrom Islamphobia yang dialami oleh masyarakat hari ini dan biasnya turut dirasai oleh sebahagian muslim yang bersyahadah . Semakin hari ruang kecurigaan terhadap Islam dan perlaksanaannya semakin lebar , sementara para ulama yang diharapkan untuk mempertahankan kesucian Islam , sebahagiannya lebih memberi tumpuan terhadap isu – isu khilafiah atau persoalan tengek bengek yang sering menimbul ketegangan dan keresahan dikalangan ummah tanpa mendidik mereka dengan ilmu yang jelas dan mencukupi.

Terdapat jua sebahagian pemimpin ummat Islam yang hanya menumpu kepada strategi untuk mengekalkan survival politik mereka dengan tidak memberikan perhatian terhadap strategi bagaimana Islam dapat dipraktiskan malah dihayati secara benar dan jujur sehingga tersingkap segala kecurigaan mahupun salah faham terhadapnya.

Banyak pihak perlu mengambil tanggungjawab dengan tercetusnya fenomena ini.

Pertama :

kepada golongan Islam agar tidak prejudis terhadap agama anutan sendiri . Jua tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan salah tanggap terhadap agama suci ini. Elakkan diri dari terjebak dalam kancah maksiat dan aktiviti yang tidak bermoral dengan membawa palit lumpur lalu mencemarkan kesucian Islam ini.
Pemegang urusan politik ummat Islam pula jangan dilihat hanya mementingkan karier politik mengatasi kecintaan terhadap agama. Membiar Islam dibelasah saban waktu asal cita – cita politik tercapai adalah sikap yang tidak wajar justeru politik ummat Islam tidak seharusnya gelincir dari landasan Islam itu sendiri.

Kedua :

Kepada golongan non muslim yang pastinya tidak memahami secara mendalam bagaimana Islam sebagai cara hidup mestilah terlebih dahulu mendapat pandangan atau maklumat jelas dari para ulama’ Islam sebelum membuat sebarang kenyataan atau dakwaan , apatah lagi berupa kritikan terhadap Islam.

Janganlah membuat kesimpulan mengenai Islam berasaskan apa yang dilihat oleh mata kasar lalu membuat nilaian secara melulu . Tentu sahaja perbincangan atau dialog mampu menenangkan keadaan sekaligus menceritakan betul duduknya yang sebenar.
Tindakan berasaskan dendam politik atau rasa curiga antara satu sama lain pastinya tidak membawa kepada kerukunan hidup bermasyarakat apatah lagi berbeza ideology dan anutan agama. Tiada masaalah yang tidak dapat dirungkai , sementelah pula masaalah itu adalah masaalah agama yang sememangnya agama mengajar penganutnya menjadi insan yang baik .

Nilai kebaikan itulah yang akan menjadi modal untuk membolehkan dialog , muzakarah atau perbincangan dilakukan dengan semangat inginkan kesejahteraan , kedamaian dan ketenteraman antara kaum dan agama dalam Negara ini .

Kerajaan Pakatan Rakyat

PRU 12 telah menyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat meraih kemenangan dengan upaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri . Tentu sahaja kemenangan itu bermaksud rakyat memberi harapan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional setelah mereka tidak lagi mampu menanggung sengsara berada di bawah system pemerintahan dan pentadbiran Barisan Nasional yang penuh dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Harapan mereka agar Kerajaan Pakatan Rakyat , biarpun parti mana yang dominan di negeri – negeri tersebut membawa sinar keadilan , ketelusan , kesaksamaan , ketenteraman dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat jelata.

Punah dan musnah harapan rakyat andai Pakatan Rakyat gagal membawa sinar baru kepada mereka malah kesal dan kecewalah mereka kerana memberi mandat dan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang hanya mengulang sejarah pincang Kerajaan Barisan Nasional .
Dalam erti dan nilai yang lain , mereka tidak mahu menumbangkan kerajaan Buaya dan menegakkan kerajaan Harimau , di mana mereka tetap menjadi mangsa .

Pendekatan Siasah Syari’yyah.

Dewan Pemuda PAS Pusat rasa terpanggil bagi memastikan agar rakyat tidak terus menjadi mangsa kepincangan sebuah pemerintahan setelah mereka sekian lama menderita dan sengsara berada di bawah regim Barisan Nasional yang tidak sudah – sudah mengeksploitasi rakyat yang mereka pimpin.

Bertolak dari keinsafan ini , Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai sayap penting kepada Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) yang pastinya pula Islam menjadi asas perjuangan , ingin mencadangkan satu pendekatan yang boleh diguna pakai dalam system pentadbiran dan pemerintahan Negara amnya dan negeri – negeri Pakatan Rakyat khasnya , agar keadilan , ketelusan , kesejahteraan dan keamanan benar – benar dapat ditegakkan dan rakyat terbela.

Itulah cita – cita murni Dewan Pemuda PAS Pusat dan saya percaya semua pihak bersetuju untuk mewujudkan keadilan , ketelusan , kesaksamaan , kesejahteraan dan keamanan dalam Negara ini walau apa pun anutan agama dan ideologi.

Justeru itu , inilah yang mahu dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui cadangan Pendekatan Siasah Syari’yyah dalam pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dikemukakan oleh al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan baru – baru ini.

Saya tidak Nampak ianya perlu dicurigakan apalagi menolak dan mentohmahnya dengan pelbagai tanggapan dan sinis yang tidak wajar terhadap cadangan tersebut . Selain daripada ianya masih diperingkat cadangan , Pendekatan Siasah Syari’yyah perlu diberi peluang untuk dibentang dan dikemukakan dahulu sebelum pihak – pihak tertentu mengkritik dan menghentam sehingga lajaknya sampai mempertikaikan kesucian agama Islam dan peribadi ulama’ – ulama’ Islam yang beramal dengannya.

Atas sifatnya sebagai satu cadangan , selayaknya ia dialu – alukan untuk disemak dan dinilai bahkan dibincang dan dibahas apakah ia boleh diterima atau tidak . Mana – mana negeri yang tidak mahu menerimanya , selain daripada mereka berhak menolak dengan baik tanpa perlu memperlekeh apalagi mempertikai Islam itu sendiri , mereka juga diberi peluang untuk membuktikan dimana kesalahan Pendekatan Siasah Syari’yyah sehingga ia wajar ditolak ?

Islam sendiri tidak pernah memaksa mana – mana pihak non muslim untuk menerima dan menganut Islam sebaliknya sering mengajak agar semua pihak berfikir dengan wajar dan rasional dalam menilai kebenaran. Islam juga mengajar agar kita menerima suatu yang bermanafaat dan menolak suatu yang mengundang mudharat .
Siasah Syari’yyah mempunyai prinsip umum dalam perlaksanaanya , dimana menurut perkiraan Dewan Pemuda PAS Pusat ia wajar dilaksana atau diterapkan dalam pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat .

Prinsip – prinsip umum yang saya maksudkan itu seperti :

As Sadduz Zaraai’ السد الذرائع

Ar Raf’ul Haraj الرفع الحرج

Tahqiqul A’daalah تحقيق العدالة

Ad Dar ul Mafaasid afdhal min Jalbil Masoolih الدرء المفاسد أفضل من جلب المصالح

As Sadduz Zaraai’ السد الذرائع

Satu prinsip yang membentuk tindakan , peraturan atau undang – undang pencegahan agar tidak berlaku malah tidak mendorong tercetusnya maksiat dan mungkar atau penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Ianya seperti menghalang apa jua unsur yang menyuburkan mungkar tersebut . Prinsip ini menepati kaedah mencegah tentu sahaja lebih baik daripada merawat.

Ar Raf’ul Haraj الرفع الحرج

Mengangkat , merungkai atau menyelesaikan apa jua yang menjadi batu penghalang agar undang – undang , peraturan dan apa jua keputusan yang membawa kebaikan kepada masyarakat umum dapat dilaksanakan dengan baik.

Tahqiqul A’daalah تحقيق العدالة

Memastikan keadilan tertegak dan ianya boleh dialksanakan melalui pembentukan satu jawatankuasa khas atau suruhanjaya bebas yang mengawal tindakan kerajaan agar tidak menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Badan – badan seperti Hisbah dan lainnya turut membawa maksud yang sama demi mengawal Kerajaan Yang dibentuk agar tidak terjebak dalam pengkhianatan hak dan amanah rakyat.

Ad Dar ul Mafaasid afdhal min Jalbil Masoolih الدرء المفاسد أفضل من جلب المصالح

Menolak kerosakan atau kemusnahan terlebih afdhal daripada mengundang kebaikan apabila situasi ini berlaku dalam satu masa yang sama . Justeru menolak kerosakan atau kejahatan itu sendiri adalah satu kebaikan buat ummah . Sebagai contoh , menolak aktiviti – aktiviti tertentu yang menghela ke arah mungkar sekalipun dilihat boleh membawa pulangan ekonomi yang lumayan kepada masyarakat.

Atau juga boleh difahami dengan tumpuan dan peruntukan yang dilabur untuk membenteras dan menghapuskan segala kerosakan , kemungkaran atau kejahatan itu terlebih baik dan wajar walaupun peruntukan dan pelaburan untuk aktiviti kebaikan yang lain menjadi kecil . Lantaran tindakan menghalang atau menghapuskan mungkar dan kerosakan merupakan satu kebaikan yang besar buat rakyat seluruhnya.

Jika ini prinsip dan kaedah yang dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat melalui Pendekatan Siasah Syari’yyah , sila beritahu kepada saya , dimanakah salah dan silapnya sehingga ada pihak – pihak tertentu berasa curiga dan bimbang .
Lebih malang kalau ada dikalangan pemimpin muslim sendiri yang tidak mahu perkara ini dilontarkan kerana bimbang ianya merugikan politik Pakatan atau bimbang kalau – kalau ia tidak disenangi oleh non muslim.

Persoalannya sampai bila mereka mahu bersikap tidak jujur dalam perjuangan dan politiknya. Menyembunyikan Islam yang diperjuang kerana ingin membeli hati non muslim , inilah satu sikap berpura – pura yang sering mengundang kekeliruan dan rasa curiga dikalangan rakan – rakan non muslim terhadap Islam agama suci ini.
Kenapa tidak dijelaskan kepada mereka hasrat perjuangan dan risalahnya kepada non muslim melalui pendekatan Islam yang benar sebagaimana Nabi saw. tidak pernah menyembunyikan Islam untuk menawan hati non muslim . Sebaliknya Nabi saw berjaya menawan hati non muslim dengan memberikan penjelasan yang tepat mengenai Islam.

Islam bukan agama ciptaan manusia bahkan bukan juga ciptaan Muhammad saw. Ia adalah wahyu Ilahi , tuhan yang mencipta manusia . Berasaskan reality ini pemimpin jamaah Islam sendiri mesti yakin dan optimis terhadap Islam yang diperjuangkan oleh mereka . Sebagaimana Islam yang di dokong itulah Islam yang mesti dikemukakan kepada non muslim secara jujur dan berani . Tidak ada Islam berlainan pakej untuk dikemukakan kepada non muslim.

Saya percaya non muslim akan cepat memahami dan menyedari malah menerima bahawa Islam adalah agama yang benar sekali pun enggan untuk menganut agama Islam , sementara Islam sememangnya tidak memaksa sesiapa pun untuk menganut agamanya.

Thursday, June 19, 2008

Fiqh AwLaWiyyAt: Manakah yang lebih utama: " Kaya dengan syukur atau miskin dengan sabar"?


Tajuk yang rancak dibincangkan oleh ulamak kita terdahulu dan termasuk dalam perbincangan fiqh keutamaan: manakah yang lebih banyak ganjaran dan pahalanya di sisi Allah Ta'ala: orang yang kaya yang bersyukur atau orang miskin yan bersabar? terdapat pelbagai jawapan yang diajukan oleh beberapa kalangan di antara mereka. Ada yang mengambil pilihan pertama dan ada juga yang mendukung pilihan kedua.

Setelah Dr Yusuf al-Qaradhawi mengkaji kedua-dua pendapat yang berbeza tersebut berdasarkan hujah masing-masing, maka beliau dapat membuat satu kesimpulan bahawa: orang kaya yang bersyukur lebih baik dan utama daripada orang miskin yang bersabar. Hal ini kerana bersyukur kepada Allah dalam keadaan diri kaya raya adalah bukan suatu perbuatan yang mudah, seperti yang disangkakan oleh sesetengah orang, seperti firmanNya yang bermaksud:

"......dan sedikit dari para hamba-hamba-Ku yang bersyukur."
( Surah Saba':13)

Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa memohon kekayaan kepada Allah s.w.t dan berlindung daripada kefakiran. Baginda berdoa yang bermaksud:

" Ya Allah.. aku memohon kepadaMu hidayah, ketaqwaan, kebersihan diri dan kekayaan.
(hadith riwayat al-Muslim, al-Tirmizi dan Ibn Majah drpd Abdullah ibn Mas'ud r.a : lihat Sahih al-Jami'as-Saghir hadith bil. 1275).

" Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada kefakiran, sedikit (harta), kehinaan dan aku berlindung kepadaMu daripada melakukan kezaliman ataupun dizalimi.
( Hadith riwayat Imam Abu Daud, an-Nasa'i, Ibn Majah dan al- Hakim daripada Abu Hurairah r.a ( Lihat Sahih al-Jami' as-Saghir hadith bil.1287).

Baginda Rasulullah s.a.w berkata kepada Sa'ad ibn Abu Waqas r.a : Wahai Sa'ad sesungguhnya Allah s.w.t meyukai seseorang hamba yang bertaqwa, kaya dan sunyi ( tidak riak).
(hadith riwayat Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Muslim drpd Sa'ad ibn Abu Waqas r.a, ibid bil. 1882)

Sesungguhnya apabila orang-orang kaya pandai bersyukur dan menggunakan hartanya di jalan Allah s.w.t, maka mereka akan mendapat ganjaran dan keutamaan di sisi Allah yang tidak didapati oleh orang-orang miskin. dan itulah kurnia Allah kepada mereka yang dikehendakiNya dari kalangan hamba-hambaNya.

Allah s.w.t di dalam al-Quran memuji para Rasul yang mulia dan menyifatkan mereka sebagai orang-orang yang bersyukur di antaranya Nabi Muhammad s.a.w di mana baginda telah diberikan nikmat dan kurnia yang besar kepada penghulu segala Rasul. Firman Allah:

Maksudnya: "Dan Dia mendapati kamu sebagai seorang yang kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan." ( Surah al-Dhuha:8)

Kemudian Allah berfirman kepadanya:

Maksudnya: " Dan terhadap nikmat Rabbmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya ( dengan bersyukur). ( surah al-Dhuha: 11)

Demikianlah pandangan yang diberikan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya " fi Fiqh Awlawiyyat Dirasah Jadidah fi Dhau'i al-Quran wa as-Sunnah" terjemahan oleh: Ahmad Nuryadi Asmawi ( Fiqh Keutamaan: Satu kajian Baru dari perspektif al-Quran dan as-Sunnah)

Diharap dengan penjelasan Dr. Yusuf al-Qaradhawi ini dapat memberi penjelasan kepada para pembaca di mana mungkin ramai yang tidak memahami konsep keutamaan dalam Islam dalam kita memilih sesuatu yang lebih utama dan seterusnya mendapat nilai yang mulia di sisi Allah.
Wallahu'alam bis sowab....

Persolan kerjasama antara Islam dan bukan Islam

Perlu difahami terlebih dahulu bahawa Islam muncul dan berkembang dalam masyarakat pelbagai agama, sama ada pada zaman Makkah, mahupun selepas Hijrah, iaitu zaman Madinah.

Allah SWT memilih dahulu bahawa Islam muncul dan berkembang dan subur dimana-mana pelosok dunia, termasuk di dalam negara perbagai kaum dan agama.

Hal sedemikian, memberi kefahaman yang jelas, bahawa kerjasama dan saling bantu-membantu untuk mencapai kehidupan harmoni dalam soal kehidupan disesebuah negara, perlu diberi perhatian dan dihormati.

Harus dicari asas-asas untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu.

Asas utama pada kefahaman ini berdasarkan kepada ayat Allah, menerusi firman-Nya (mahfumnya): “…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Surah Al Maidah:2)

Firman Allah (mahfumnya): “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Mumtahanah:8)

Ayat-ayat tersebut memberi ruang seluas-luasnya untuk mengadakan kerjasama dan bertolong-tolongan antara umat Islam sesama mereka khususnya dan juga yang bukan Islam, dengan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, serta ulama-ulama salaf.

Bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam bidang politik untuk tujuan memerintah atau mendapat kuasa, antara golongan Islam dan bukan Islam, disebut dalam Islam sebagai tahaluf siasi.

Tahaluf adalah istilah politik Islam bermaksud berpakat atau bermuafakat untuk mencapai dan menjayakan kepentingan bersama dalam membina negara atau mendapatkan kuasa.

Istilah tahaluf atau hilf, wujud dalam Islam dan dalam beberapa Hadis.

Sebelum Islam lahir di Makkah, masyarakat jahiliyah telah pun membuat pakatan dan kerjasama diantara mereka yang dikenali sebagai Hilful Fudhul.

Nabi Muhammad s.a.w, ketika zaman kerasulannya menyaksikan permuafakatan tersebut.

Setelah Islam lahir dan berkembang, Rasulullah s.a.w mengingati semula permuafakatan itu dan menghargai dalam suatu hadis (mahfumnya): “Talhah bin Abdullah bin ‘Auf berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Saya telah menyaksikan berlakunya suatu kerjasama dalam bentuk pemuafakatan di kediaman Abdullah bin Jad’aan. Permuafakatan terbaik bagiku dan ia lebih bernilai daripada harta benda dunia. Sekiranya saya diminta berbuat demikian dalam era Islam ini, pasti saya menyetujuinya.” (Hadis Riwayat Ibnu Ishak)

Dalam sejarah Hijaratul Rasul s.a.w, baginda telah meminta pertolongan atau bantuan dari seorang yang tidak Islam yang bernama Abdullah bin Uraiqit, sebagai pemandu dan penunjuk jalan kepadanya.

Mengapa Rasulullah s.a.w memilih orang kafir untuk membantu? Apakah tidak ada orang Islam atau malaikat atau wahyu yang memandunya?

Walaupun semua itu boleh, tetapi peristiwa ini mengandungi mesej yang amat jelas, iaitu dibolehkan berkerjasama, terutamanya jelas keperluan ini wujud.

Maka hal kerjasama seperti itu dibolehkan.

Setiba di Madinah, Rasulullah s.a.w menyedari, malah diperintah Allah SWT untuk mengadakan permuafakatan dengan yang bukan Islam dari golongan kuffar Madinah, sehingga termeterai suatu perjanjian (piagam) yang dikenali sebagai Saheefah Madinah yang terkenal sehingga ke hari ini.

Dalam Saheefah Madinah tersebut, diperuntukan jelas antara lainya, orang Yahudi menangung perbelanjaan hidup sendiri, demikian juga orang-orang Islam. Diantara mereka terdapat tanggungjawab untuk saling bantu-membantu menghadapi musuh bersama.

Mereka hendaklah saling nasihat menasihati dalam berbuat baik terhadap satu sama lain, tanpa melakukan kesalahan.

Disebabkan dalam Saheefah bahawa: “Tidak salah mana-mana orang yang tertakluk dalam piagam ini, bahawa mereka wajib tolong-menolong, bantu-membantu, khususnya bagi orang-orang yang teraniaya.”

Selain itu Rasulullah s.a.w pernah membuat perjanjian tolong-menolong dengan Bani Khuza’ah dan lain-lain.

Dengan alasan-alasan yang dipaparkan ini, sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah, jelas menunjukkan keharusan bermuafakat dengan orang-orang yang bukan Islam.

Namun demikian, ia bukan merupakan keharusan total atau dibolehkan secara mutlak. Keharusan ini, mistilah diikat dengan beberapa syarat, sesuai dengan situasi muafakat tersebut.

Apa yang penting, ia mistilah memastikan Islam berada dalam keadaan selamat, selesa dan terus berada dalam keadaan yang sejajar denga roh , firman Allah dalam al-Quran (mahfumnya), “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).. ” (Surah Ali 'Imraan:110)

Wallahua’lam.

Solat sah sahaja belum pasti dimakbul oleh Allah

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Seorang tokoh dikalangan orang yang khusyuk dalam solatnya, beliau ialah ‘Amir bin Abdullah barkata, “Apabila orang bertanya mengenai solat, adakah beliau merasai seperti orang, iaitu ingat hal ehwal dunia ketika beliau solat?”. Jawab ‘Amir bin Abdullah, “Bagiku mengingat perkara dunia dalam solat, aku lebih rela jika orang ambil pedang dan tikam aku hingga menghembus nafas terakhir.”

Ertinya, tidak sekali-kali beliau membenarkan perkara itu berlaku selain ingat Allah SWT, jika berlaku juga, beliau rela dirinya ditikam dengan pedang tajam.

Seorang lagi tokoh yang dibincangkan ialah Muslim bin Yasar. Ketika beliau mendirikan solat di masjid, tiba-tiba satu diantara tembok dinding runtuh, hingga menggemparkan penduduk kota tersebut.

Lalu orang ramai bergegas menuju ke masjid tersebut dalam keadaan gempar sambil bertanya, “Apakah yang sedang terjadi?”

Ketika itu, mereka mendapati Muslim bin Yasar sedang khusyuk mendirikan solat tanpa menyedari satu diantara tembok dinding telah runtuh sehingga menggemparkan penduduk kota tersebut.

Seorang individu yang tidak tidak dinyatakan namanya mengidap sejenis penyakit kronik dan perlu dibedah. Ketika tabib cuba melakukan pemedahan, ternyata orang itu meraung kesakitan sebaik sahaja matapisau tabib mencecah kulitnya. Ketika itu, rakan kepada pesakit itu membisikkan sesuatu kepada tabib, “Jika hendak membedahnya, lakukannya ketika beliau sedang solat.”. Ternyata bisikan rakanya itu benar, sedikit pun beliau tidak bergerak ketika tubuhnya dibedah. Beliau meneruskan sujud dalam solatnya yang khusyuk itu sehingga pemedahan selesai dilakukan dengan selamat.

Seorang lagi tokoh yang tidak dinyatakan namanya oleh Imam Ghazali dalam kitabnya, tokoh berkenaan berkata,”Sesungguhnya solat itu adalah pekerjaan akhirat, oleh itu apabila aku masuk ke dalam solat bererti aku keluar meninggalkan dunia dan menuju ke alam akhirat”. Ertinya, apabila mendirikan solat bererti beliau pergi ke alam akhirat dan tiada lagi berada di dunia. Jika berlaku sesuatu di sekitarnya, beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada hakikat diri dan jiwanya berada di akhirat. Orang seperti itu, solatnya benar-benar khusyuk, kerana dia sudah keluar dari alam dunia menuju alam akhirat.

Seorang lagi tokoh yang bernama Abu Darda’, beliau berkata,”Adapun orang yang cerdik itu ialah mereka yang dapat menyelesaikan semua hajatnya sebelum mendirikan solat, supaya apabila ia masik kedalam solat dengan hatinya yang lapang.”

Solat itu adalah suatu yang sangat penting, sebab itu segala perkara yang boleh menggangu solatnya diselesaikan sebelumnya, supaya tidak datang parkara-perkara yang boleh menggangu tumpunnya ketika sedang bersolat.

Sebab itu, sebahagian ulama berkata, sunat berwuduk lebih awal sebelum dari menunaikan solat sunat, ianya bertujuan untuk mengasuh hati supaya lupa sepenuhnya segala macam urusan yang bersepah dan menghasilkan solat yang didirikan sepenuhnya untuk urusan akhirat.

Ada sebahagian ulama mendirikan solat tidak mengambil masa yang lama, kerana hendak mendahului kedatangan was-was syaitan. Bacaan yang sederhana pendek bukan didorong oleh perasaan malas, tetapi untuk mengawal solatnya daripada ganguan was-was syaitan.

Diriwayatkan tentang seorang sahabat yang bernama ‘Ammar bin Yasir juga melaksakan solat denga masa yang sederhana ringkas. Lalu sahabat yang lain bertanya, “Mengapa anda solat dengan kadar yang ringkas?”. Lalu jawab ‘Ammar dalam bentuk pertanyaan pula, “Adakah kamu dapati kekurangan dan kecacatan dengan kadar yang ringkas itu? ”. aku solat dengan ringkas itu kerana hendak mendahului ganguan syaitan”. Jawabya ringkas.

Syaitan sentiasa megintai peluang untuk merompak ibadat ‘Ammar, tetapi sebelum syaitan syaitan dapat merosakkan ibadat solat ‘Ammar, beliau sedah mendahului ganguaan syaitan. Miskipun solat ‘Ammar kelihatan ringkas, tetapi kesemuanya adlah sempurna disisi Allah SWT.

Menurut ‘Ammar bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “seseorang manusia mendirikan solat, tapi tidak memperolehinya walau seperdua, sepertiga, seperempat, seperlima, seperenam malah tidak sepersepuluh pun”.

Menurut ‘Ammar kerana teringat hadis tersebut, beliau rela solat dengan ringkas asalkan seratus peratus selamat seluruhnya daripada rompakan syaitan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Solat seseorang diterima Tuhan sekadar mana yang dia ingat (tidak lalai) dalam solatnya.”

Pendapat ‘Ammar iaitu pada solat panjang tetapi kosong dari hadir hati, lebih baik ringkas tetapi seluruhnya diteriman Allah SWT. Tetapi kalau yang panjang dimakbulkan Tuhan, itu lebih baik.

Saiyidina Umar pernah berucap di atas mimbar, “Ada orang yang sudah beruban di kepalanya (sudah tua), tetapi hendak cari sekali sahaja solat diterima Tuhan, sukar ditemui”

Lalu orang bertanya mengapa boleh jadi begitu. Jawab Umar, “Kerana dia tidak menyempurnakan khusyuk serta penumpuaan sepenuhnya kepada Allah SWT”

Untuk solat itu ada dua kedudukan, untuk dunia disebut “sah”, manakala untuk akhirat disebut “makbul”. Tetapi yang sah itu belum tentu dimakbulkan oleh Allah SWT.



Wednesday, June 18, 2008

ReSt SeAsoN??

Salam buat teman-teman di luar sana...

Apa yang sedang teman lakukan sekarang ye??
sedang menjalani program persatuan? atau sedang bersama keluarga tercinta? atau sedang duduk termenung memikirkan peluang pekerjaan bagi sahabat-sahabat yang akan bergelar graduan pada tahun ni? atau sedang menjalani kehidupan baru ( rumahtangga)?...
apa pun yang sahabat sedang lakukan moga-moga ia memberi manfaat pada sahabat, gunakanlah masa cuti panjang ni dengan perkara yang akan memberi hasil yang berguna pada kita semua. Jangan biarkan masa itu berlalu pergi meninggalkan kita dan selepas itu kita menyesali dan mahu masa itu diputar kembali..oh itu tidak mungkin sebab itu Allah sudah memberi peringatan kepada hambaNya dalam surah al-'asr 1-3:
yang bermaksud :" Demi masa..Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".
Begitulah peringatan yang Allah sampaikan melalui kitabNya al-Quran agar manusia amnya dan umat Islam khasnya agar merancang waktu mereka dengan sebaiknya..saya juga mengingtkan diri saya sendiri dan sahabat agar sama-sama kita menggunakan masa cuti dengan perkara yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja pada diri kita tetapi juga manfaat pada orang lain insyaALLAH.

Bercakap pasal program masa cuti semester ni, saya pun tidaklah banyak merancang pelbagai aktiviti sebab sepanjang cuti ni saya menjalani latihan industri atau praktikal di INTENGAH ( Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Tengah) berdekatan dengan kampus UM. Sepanjang praktikal ni saya duduk bersama sahabat saya di seksyen 12 Petaling Jaya. Masa tinggal di rumah sewa ni baru la saya tahu macam mana rasa nya. Kami sama-sama merancang perbelanjaan dapur, memasak, mengemas rumah..huhu, berbeza memang berbeza dengan tinggal di kolej kediaman. Tapi apa yang penting bagi saya sepanjang praktikal ni banyak memberi saya pengalaman di tempat kerja, pengalaman menjalani kehidupan atas inisiatif sendiri..minggu depan minggu terakhir saya praktikal kat INTAN. Cepat betul masa berlalu..rasa sayang pula nak mengucapkan selamat tinggal kepada staf kat sini..diaorang memang baik dan ramah tamah ...tu yang membuatkan kami tak rasa terasing semasa buat praktikal kat sini.. ini la program sepanjang cuti semester saya...

Saya yakin tentu ada di kalangan sahabat yang melangsungkan majlis kenduri kahwin pada waktu cuti semester ni kan? seorang dari rakan sebilik saya dulu dah pun melangsungkan perkahwinannya bulan lepas..alhamdulillah semakin ramai di kalanngan siswa dan siswi yang membina masjid..tahniah buat sahabat yang baru atau sedang melayari kehidupan baru..semoga keredhaan Allah sentiasa bersama kalian. Saya pulak? erm, seru tak sampai lagi..he2..kalau nak ikut perancangan hidup saya, saya nak melayari bahtera rumahtangga selepas belajar..mungkin saya rasa lebih yakin dan tenang. Itu hanya perancangan saja..semua orang ada perancangan hidup masing-masing.. tapi yang perlu kita semua ingat kita merancang Allah juga merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang...

ok, setakat ini sahaja coretan saya buat sahabat2...semoga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan dan hidayahNya...

Tuesday, June 17, 2008

UnTuKmU mUSLimAH ...


ISLAM MENJAGA KEHORMATAN KAUM WANITA
Islam merupakan agama yang penuh kemuliaan dan ketinggian,ia sangat menjaga kehormatan pemeluknya.Seorang muslim mahupun muslimat dimuliakan dan ditinggikan martabat mereka dengan syariatNya.Itulah kenikmatan terbesar dari Allah,sekaligus pemuliaan dariNya.
Allah berfirman(yang bermaksud):
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.[al-Isra`[17]:70]
Syaikh Abdul Rahman as Sa`di r.h mengatakan: “ Inilah bentuk pemuliaan Allah terhadap manusia yang tiada bandingannya,di mana Dia memuliakan bani Adam dengan seluruh kesempurnaan,memuliakan mereka dengan ilmu dan akal,mengutus kepada mereka para rasul,menurunkan kitab-kitabNya, kemudian menjadikan mereka sebagai waliNya serta menganugerahi mereka dengan banyak kenikmatan,baik yang zahir mahupun batin.”[1]

Sebahagian Bentuk-bentuk Pemuliaan dan Penjagaan Islam Atas Wanita
1. Islam menyamakan kaum lelaki dengan kaum wanita dalam penciptaan.
Kaum lelaki dan wanita memiliki persamaan dalam penciptaan.Mereka dari seorang diri,sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia,bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya,dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan bertaqwalah kepada Allah dengan(mempergunakan)namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.[an Nisa`[4]:1]

2. Islam menyamakan wanita dan lelaki dalam hal ibadah dan mu`amalah.
Wanita berkedudukan sama seperti kaum lelaki dalam hal meraih balasan kebaikan dari Allah dalam ibadah. Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [an Nahl [16]:97]

3. Islam memberikan kebebasan dalam hal pemilikan seperti kaum lelaki.
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. .[an Nisa`[4]:32]

4. Islam mewajibkan untuk memuliakan kedua orang tua dan berbuat baik terhadap kedua-duanya, tidak hanya kepada salah satu di antara keduanya saja.
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ” Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”[al-Isra`[17]:23-24] 5.
Islam memuliakan wanita dengan memberikan perhatian lebih kepada kaum ibu melebihi kaum bapa.
Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “ Wahai Rasulullah,siapakah orang yang yang lebih berhak aku perlakukan dengan baik?”Beliau menjawab: “ Ibumu.”.”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.” Beliau menjawab:”Ayahmu.”[2]

6.Islam memuliakan wanita dengan memerintahkan mereka untuk tetap di rumah. Allah berfirman:
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu..[al Azab[33]:33 ]

7. Islam memuliakan wanita dengan mensyariatkan hijab.Allah memerintahkan kepada mereka berhijab untuk menjaga kemuliaan dan kehormatan mereka, serta melindungi mereka dari segala bentuk kejahatan dan kerosakan.
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak- Anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al Ahzab[33]:59]

8. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan khalwat dan safar tanpa mahram. Semua itu dalam rangka memuliakan dan menjaga kehormatan mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda: ” Janganlah sekali-kali kaum lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali ia bersama mahramnya,dan jangan pula wanita safar(berpergian)kecuali bersama mahramnya.”[3]

9.Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan zina dan semua jalan yang menghantar kepada perbuatan tersebut.Hal itu disyariatkan demi menjaga kehormatan mereka,dan dari hal yang dapat menodai kesucian mereka.
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[al Isra`[17]:32]

10. Islam memuliakan wanita dengan mengancam keras atas sesiapa yang berbuat keji dan mencoreng kehormatan atau merosakkan nama baik mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik, yang lengah lagi beriman, mereka dilaknat di dunia dan diakhirat, dan bagi mereka azab yang besar. [an Nur[24]:23]
Semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang lurus dan diredhaiNya.
Disalin dari majalah al-Mawaddah edisi khusus tahun ke 1 Ramadhan 1428H/Oktober-November 2007/Abu Ayyub as-Salafi

Sunday, June 15, 2008

KaU sAhAbAtKu KaU tEmaN sEjaTI

15 JUN genaplah setahun pemergian arwah sahabat yg aku sayangi ke rahmatullah..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan beroleh ketenangan di alam sana. HAFDIENAL satu nama yang menyatukan kami semua sebagai sahabat dunia dan akhirat, namun kini nama itu hanya tinggal HADIENAL...sedih dan redha menyelubungi diri ini tatkala mengenangkan memori kami ketika bersama selama 5 tahun di SMKDUAM.. ya Allah walaupun kami telah berada di alam yang berbeza satukanlah hatiku dengannya agar hati ini sentiasa mendokan kesejahteraan rohnya di sana...berikanlah ketenangan padanya dan ampunilah segala dosanya..ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun,,,, aMin Ya Rabbal Alamin....

Telah tiba saat watu kau tinggalkan kami,
kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan,
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
kau sahabatku kau teman sejati,
tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
memori indah kita bersama terus bersemadi,
kau sahabatku kau teman sejati,
moga aman dan berbahagia dikau di sana,
setangkai doa juga fatihah,
terus kukirimkan,
agar di sana kau bersama para solihin,
Allahumma ameen....

Wednesday, June 11, 2008

Buatmu yang tersayang......

Dia merupakan insan yang banyak berkorban untukku,
Mendidik, mentarbiah, menyayangiku sejak kecil,
tanpa rasa jemu dan putus asa,
rela mengorbankan tenaga, wang dan masa,
demi melihat anaknya merasa bahagia,
Dia seorang lelaki yang begitu tabah, berjiwa kental,
mengharungi segala cabaran hidup,
aku bersyukur kepadaMU ya Allah,
menganugerahkan seorang lelaki sepertinya,
terus memberiku semangat untuk aku meneruskan
usaha menuntut ilmu tanpa rasa jemu,
itulah insan yang bergelar ayah.....
terima kasih abah..mungkin saya tak mampu untuk
meluahkan rasa sayang ini di hadapanmu
tapi ketahuilah bahawa anak ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu
dunia dan akhirat...amin
di kesempatan ini anak ini mahu mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ABAH yang ke-51...
Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah...

Sunday, June 8, 2008

iDEa KreatIF- hIjRAhku

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam, namun kelibat suaminya tidak kelihatan. Pesanan sudah ditinggalkan meminta agar suaminya pulang awal untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka. Kek ‘ Chocolate Walnut Brownie’ kegemaran suaminya telah tersedia di atas meja bersama hidangan lain. Tiba-tiba matanya tertumpu pada album-album lama yang tersusun kemas di atas rak kecil di satu sudut ruang tamu. Lalu tangannya mencapai salah satu daripadanya. Lembaran demi lembaran ditatapnya, mindanya kembali memutar nostalgia lama.

“Eira, cepat turun sayang, kita dah nak bertolak sekarang,” jerit Mama dari tingkat bawah. Syakira anak tunggal perempuan Dato’ Azman dan Datin Rosmah sentiasa dilimpahi kemewahan sejak kecil lagi. Namun, baginya kemewahan tidak dapat membeli belaian kasih sayang dari seorang Mama. Dirinya bagai musafir yang dahagakan kasih sayang daripada orang yang melahirkannya. Syakira bergegas turun ke bawah dengan hanya mengenakan seluar jeans dan T-shirt berwarna biru. Ringkas. Itulah cara penampilannya sebagai remaja di dunia metropolitan. Dia lebih selesa mengikut trend masa kini dari segi pemakaian dan cara kehidupan keluarganya juga jauh dari cara hidup islam sebenar. Setelah bersalaman dengan abangnya yang akan berlepas ke Australia untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan, hatinya sebak terasa keseorangan. Sebelum ini, hanya dia dan abangnya sahaja yang berada di rumah berkongsi cerita, bergurau senda namun sekarang rumahnya kembali sepi.

Jarinya ligat menekan setiap huruf di papan kekunci komputer manakala matanya tertumpu pada skrin monitor di depannya. Tinggal sedikit sahaja lagi tugasan yang perlu disiapkan. Jarum jam di dinding biliknya menunjukkan pukul 1.00 pagi. Matanya mula mengantuk. Namun Papanya masih belum pulang lagi. Begitulah rutin Papanya yang sentiasa sibuk dengan urusannya . Jarang sekali berada di rumah. Hatinya nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan dapat menyambung pelajaran ke luar negara. Kerinduan hatinya terubat dengan kehadiran e-mail dari abangnya memberi kata-kata semangat kepadanya yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Papa dan Mama jarang sekali menemaninya mengulangkaji pelajaran. Mereka hanya menyumbang material saja. Hatinya sunyi. Setelah tamat kelas tuisyen, Syakira lebih suka menghabiskan masa bersama-sama rakannya di kompleks membeli-belah. Kalaupun dia pulang ke rumah Mama dan Papanya tidak ada, Mama sibuk dengan persatuannya manakala papa dengan urusan bisnesnya yang semakin maju . Mereka sekeluarga jarang bersua muka walaupun tinggal di bawah satu bumbung. Itupun hanya bertemu di meja makan pada waktu sarapan pagi. Amirahlah tempat dia mengadu segala masalah yang dihadapinya.Kadangkala Syakira diulit rasa cemburu tatkala melihat kebahagiaan keluagra Amirah yang mementingkan kasih sayang di antara ahli keluarganya ketika dia berkunjung ke rumahnya suatu ketika dulu. Walaupun mereka hidup dalam keadaan sederhana, namun sikap keprihatinan ayahnya terhadap anak-anaknya menjadikan mereka berasa cukup segalanya. “ Kenapalah Papa dan Mama tidak mengerti perasaanku”, soal hati kecilnya.


Tibalah hari peperiksaan besar dalam hidup Syakira dan rakan-rakannya yang lain.Syakira menanam keazaman untuk menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan kali ini. Itulah janjinya kepada dirinya sendiri. Setelah tamat menjawab kertas yang terakhir, Syakira menarik nafas lega. Setelah tiga bulan menunggu, keputusan peperiksaan diumumkan. Syakira melonjak keriangan sebaik sahaja melihat keputusan cemerlangnya. Dia dihujani ucapan tahniah daripada guru-gurunya, rakan-rakan dan terakir sekali Papa dan Mamanya. Hasrat Papanya mahu menghantarnya ke luar negara diterima dengan hati yang terbuka. Memang itulah impiannya. Dalam tempoh lima bulan untuk membuat persediaan ke Luar Negara, Syakira dikejutkan dengan berita mengenai penyakit Mamanya. “ Mama kamu menghidapi penyakit kanser Payudara sejak dua tahun lalu, pihak kami telah berusaha membuang ketumbuhan itu, pada mulanya berjaya. Tapi pihak kami dapati penyakit ini sememangnya sukar untuk diubati.”, Bagai tercabut jantung dari tangkainya dengan penjelasan Doktor itu tadi.Mamanya sedang dalam keadaan tenat. Dia cuba menghubungi Papanya yang berada di luar negara atas urusan perniagaannya. Setiausaha Papanya memberitahunya ayahnya akan berlepas pada malam itu. Abangnya pula akan menaiki penerbangan pada malam itu juga.Keadaan Mamanya semakin kritikal. Dia dan abangnya setia menemani Mama pada saat getir itu. Namun, papanya belum lagi tiba. Tuhan lebih menyayangi Mama. Syakira dan abangnya tidak dapat menahan kesedihan lalu mendakap tubuh Mama mereka seeratnya.

Alasan yang Papa berikan tidak dapat mengubati kekecewaan di hati Syakira. “Penerbangan Papa terpaksa ditunda”, jelas Papanya cuba memujuk agar dia memahami. Namun, segalanya tidak dapat mengembalikan Mamanya. “Papa sengaja mencipta alasan”. bisik hatinya. Dua tahun berlalu, kehilangan Mama sentiasa menyelubungi jiwanya. “ Papalah yang bersalah”, bentak hatinya.Kini dia berada di salah sebuah Institusi Tempatan. Cadangan Papanya agar dia melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak mentah-mentah. Dia hanya mahu menyambung pelajarannya di tanah airnya sendiri. Papanya akur dengan keputusannya. Perubahan ketara dalam dirinya menimbulkan tanda tanya orang yang mengenalinya. Itu hanyalah semata-mata mahu memnunjukkan protes kepada Papanya. Tingkah lakunya yang kasar, pemakaian ala lelaki , keras kepala menjadi pilihan hidupnya , semua itu tidak dapat melambangkan peribadinya yang sebenar.Papanya tidak mampu berbuat apa-apa. Kekesalan timbul di hati lelaki itu.Mungkin pengabaian terhadap anaknya selama ini menjadikan anaknya bersikap begitu. Sebuah skuter yang diberi Papanya dipandu laju bersama rakannya yang lain. Di kampus itu mereka terkenal sebagai kumpulan anti lelaki. Disebabkan itu ramai lelaki takut untuk mendekati. Ramai siswa di kampusnya menaruh hati padanya, tapi hatinya tidak terbuka untuk insan bernama lelaki. Sudah berkali-kali dia ditegur oleh teman sebiliknya agar dia ubah cara penampilannya. Namun ibarat mencurah air ke daun keladi.

Sehinggalah suatu hari, Syakira dan rakannya sedang minum di sebuah restoran. Tiba-tiba matanya tetumpu pada seorang gadis ayu bertudung. Mata mereka bertentangan. Lidahnya kelu tanpa kata-kata apabila gadis itu menuju ke arahnya. Amirah teman rapatnya semasa di bangku sekolah dulu. Salam dihulur dan Amirah hanya bertanya kabar dirinya lalu berlalu pergi. Syakira sedar mungkin temannya itu kecewa dengan perubahan dirinya. Namun, baginya Amirah tidak mengerti. Sebaik sahaja Syakira keluar dari restoran itu, dia terlanggar seorang lelaki kerana terlalu asyik bergurau senda. Lantas dia menunjukkan riak marah pada mukanya dan menuduh lelaki itu cuai. Lelaki itu meminta maaf dan berlalu pergi.

Pada suatu petang, terjadi satu pelanggaran antara sebuah kereta dan sebuah skuter di satu simpang menuju ke kampusnya. Syakira mengalami kecederaan pada kakinya. Dia tidak dapat mengawal skuternya dan terbabas ke bahu jalan. Badannya lemah dan pandangannya kabur. Apabila sedar, dia mendapati dirinya berada di hospital. Kelihatan Papanya berdiri di sisinya. Pandangannya dialihkan ke satu wajah yang pernah dilihatnya. Dia mengamati wajah itu. Ya. Lelaki yang pernah dimarahinya kelmarin. Dia berasa malu atas tindakannya dan memohon maaf. “Syukurlah Allah masih mahu awak bernafas di buminya ini”, kata lelaki itu. Kata-kata itu menusuk kalbu Syakira yang selama ini lupa akan kekuasaan Tuhan terhadap makhluk-Nya. Papanya amat terhutang budi dengan lelaki itu. Fakhrul Radzi itulah nama yang tersemat di hatinya kini. Keakraban mereka bermula. Namun, baginya layakkah dia bedampingan dengan lelaki seperti itu. Segala patah perkataan yang keluar dari mulutnya berbaur nasihat. Fakhrul Radzi sentiasa membimbingnya dan menajaknya berubah menjadi muslimah sejati. “ Syakira belum terlewat lagi untuk bertaubat”, katanya pada suatu petang. Dari situ timbul kesedaran di hati Syakira untuk menukar imej dirinya agar kelihatan seperti seorang wanita. “ SEBAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”. Itulah kata-kata yang tertulis pada muka depan buku yang dihadiahi Fakhrul Radzi beserta sepasang baju kurung dan sehelai tudung berwarna ungu. Syakira mula menjejaki temannya dan menyatakan hasratnya untuk berubah. Amirah sentiasa memberi sokongan kepada temannya itu. Satu kad jemputan ke satu ceramah sempena Maal Hijrah diterimanya dari Fakhrul Radzi. Kepetahan Fakhrul Radzi menyampaikan ilmu-ilmunya memukau pandangan Syakira. Segala apa yang disampaikan betul-betul menginsafkan Syakira. Dia sedar kini Allah telah membuka pintu hatinya untuk berubah dan terpulang pada dirinya untuk menerima atau terus hidup dalam kegelapan.. “ Syukur, Syakira telah kembali ke jalan yang sebenar”, kata Fakhrul Radzi kepadanya pada malam itu. Baginya perubahan yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Jika ketentuan hidup bersama lelaki itu dia pasrah.

Baju pengantin berwarna kuning keemasan sudah tersarung pada badannya. “Nampak anggun dan ayu anak Papa”, puji Dato’Azman. Bibirnya menguntum senyuman di hari yang bermakna bagi dirinya. Dia bersyukur ditemukan dengan seorang lelaki yang bernama Fakhrul Radzi. Setelah tamat pengajian, Fakhrul Radzi melamarnya. Hatinya berdebar-debar menanti bakal suaminya. Dengan sekali lafaz, Syakira dan Fakhrul Radzi sah bergelar suami isteri. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah yang menganugerakannya seorang insan bernama suami. Kehidupan berumahtangga dilaluinya dengan penuh keberkatan dan kebahagiaan. Kini sudah enam tahun mereka membina mahligai bersama dan kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata yang comel.


“Ummi, Abi dah pulang”, suara anak kecil itu mematikan lamunannya. Syakira menyapu air jernih yang membasahi pipinya. Lantas segera ke arah suaminya yang berdiri di muka pintu dengan sejambak bunga ditangannya. Keanggunan Syakira menarik perhatian suaminya. Lalu dia mengucup tangan suaminya itu dan mengucapkan terima kasih. Kehidupannya juga diserikan dengan kehadiran Ain Hasanah yang menjadi lambang cinta suci antara mereka. Inilah kehidupan yang dicarinya selama ini. Dan sekarang telah ditemui. Cahaya kehidupan yang hakiki.

cerpen ni ditulis semasa menyambut Maal hijrah di nilam Puri, Kelantan...