Monday, July 13, 2009

TazQiRah

Assalamu'alaikum w.b.t ..Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemudengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khususuntuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul diBaabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggilRasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirahseperti berikut:"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,"Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh dibawah:Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampusagaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanitamemang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakasrumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas.Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi berertitidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorangsuami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesenpun']Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita kedalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. RasulullahSAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Bagindasendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.b)

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisahyang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazanbererti berdukacita"c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hariRasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernahbersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapatsifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Peringatan Terakhir - Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” - jangan biarkan diri anda
Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan
Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.
Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

Sunday, July 12, 2009

Q n A

DGN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH,MAHA PENGASIH

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yangperlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali namaNabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanyadisebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebabitu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukansemata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalamAl-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalamBible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat?Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabidan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.


3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan NabiMuhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahajanabi Isa itu Tuhan kan? Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yangtelah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (NabiIsa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (NabiIsa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zamannanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yangterakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahunkelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anaksulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahirtanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je?Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankahrambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini,kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untukdimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa? Sains telah buktikan,sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh(sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyaknyawa manusia.


9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria,bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana diatidak ade deria?


10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik" Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekorcicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" Kita jawab ,"Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makanbinatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigitaring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh,tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan?Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, takkesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apayang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi? Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. DalamIslam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam SembahAllah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembahberhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untukmelaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islamhari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC,orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kitauntuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelumbaginda kan betul2 juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semuakaum dan sepanjang zaman.Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya alakadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.


Di sini hanya menyampaikan sahaja.Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...WALlahua'lam

Murabbi...

Sudah sebulan aku di SRIIDU....meneruskan perjuangan mendidik dan membimbing permata Islam di Bumi ini. Pada awal pengajaran aku berasa sedikit tertekan berhadapan dengan permata-permata ini. Baru aku sedar mendidik dan membimbing mereka adalah satu amanah yang besar .

Di sini lah akhlak mereka dibentuk, ilmu mereka ditambah, kemahiran mereka diasah. Teringatku tentang tugas Rasulullah s.a.w sebagai murabbi, mendidik dan membimbing ahli bait n sahabiah baginda serta umat Islam ke jalan Allah. Begitu banyak ujian yang dihadapi oleh baginda di mana ketika baginda menyampaikan dakwah baginda ditertawakan, diejek, dibaling dengan batu sehingga mengalir darah dari tubuh baginda. Peritnya ujian itu...dalam perjuangan menyampaikan risalah tauhid, baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya kerana baginda yakin Allah bersama baginda.

Adakah kita mampu untuk mencontohi akhlak baginda sebagai murabbi?- menyampaikan ilmu-ilmu Allah yang seluas lautan kepada mereka yang memerlukan ilmu itu sebagai cahaya menerangi mereka yang berada dalam kegelapan.

Namun kita semua tahu tahap kemampuan kita dan selalu berdoa " Ya Allah janganlah engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat yang tidak mampu kami memikulnya seperti mana Engakau berikan kepada orang sebelum kami"..... kita sebagai manusia yang lemah tidak mampu untuk menanggung bebanan dan ujian seperti mana yang diberikan kepada para Nabi. oleh itu, kita seharusnya tidak mengeluh atas ujian hidup yang diberikan...malah kita harus bersyukur dengan ujian kecil inilah menjadikan diri kita semakin dekat kepadaNYA....sekadar renungan.