Sunday, July 12, 2009

Murabbi...

Sudah sebulan aku di SRIIDU....meneruskan perjuangan mendidik dan membimbing permata Islam di Bumi ini. Pada awal pengajaran aku berasa sedikit tertekan berhadapan dengan permata-permata ini. Baru aku sedar mendidik dan membimbing mereka adalah satu amanah yang besar .

Di sini lah akhlak mereka dibentuk, ilmu mereka ditambah, kemahiran mereka diasah. Teringatku tentang tugas Rasulullah s.a.w sebagai murabbi, mendidik dan membimbing ahli bait n sahabiah baginda serta umat Islam ke jalan Allah. Begitu banyak ujian yang dihadapi oleh baginda di mana ketika baginda menyampaikan dakwah baginda ditertawakan, diejek, dibaling dengan batu sehingga mengalir darah dari tubuh baginda. Peritnya ujian itu...dalam perjuangan menyampaikan risalah tauhid, baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya kerana baginda yakin Allah bersama baginda.

Adakah kita mampu untuk mencontohi akhlak baginda sebagai murabbi?- menyampaikan ilmu-ilmu Allah yang seluas lautan kepada mereka yang memerlukan ilmu itu sebagai cahaya menerangi mereka yang berada dalam kegelapan.

Namun kita semua tahu tahap kemampuan kita dan selalu berdoa " Ya Allah janganlah engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat yang tidak mampu kami memikulnya seperti mana Engakau berikan kepada orang sebelum kami"..... kita sebagai manusia yang lemah tidak mampu untuk menanggung bebanan dan ujian seperti mana yang diberikan kepada para Nabi. oleh itu, kita seharusnya tidak mengeluh atas ujian hidup yang diberikan...malah kita harus bersyukur dengan ujian kecil inilah menjadikan diri kita semakin dekat kepadaNYA....sekadar renungan.

No comments: