Monday, July 13, 2009

TazQiRah

Assalamu'alaikum w.b.t ..Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemudengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khususuntuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul diBaabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggilRasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirahseperti berikut:"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,"Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh dibawah:Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampusagaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanitamemang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakasrumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas.Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi berertitidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorangsuami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesenpun']Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita kedalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. RasulullahSAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Bagindasendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.b)

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisahyang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazanbererti berdukacita"c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hariRasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernahbersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapatsifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Peringatan Terakhir - Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” - jangan biarkan diri anda
Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan
Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.
Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

No comments: