Monday, January 12, 2009

Sebulan di Kaherah........

Begitu cepat masa berlalu, bagaikan baru semalam bertolak ke bumi para anbiya' itu..sekarang sudah berada di Tanah air sendiri. Pada mulanya rasa berat hati nak pergi ke sana, biasalah orang lain seronok menghabiskan masa cuti semester bersama keluarga, tapi kami ditawarkan untuk mengikuti kursus pengukuhan bahasa arab di Universiti Kaherah,Mesir. Atas galakan sahabat2 kugagahkan kaki ini melangkah dan kentalkan semangat dengan satu hadaf iaitu tolibul ilmi...peluang seperti ini bukan selalu datang..dan ia menjadi pembuka jalan kepada kami untuk mengutip sebanyak ilmu di bumi Mesir ini.













Cairo Airport





Kebetulan bulan 12 hingga bln 1 musim sejuk, jadi kami terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan kat sana. Mula-mula memang rasa nak demam sebab tak tahan dengan suhu kat sana. selesema tu kerap kali jugak. Tapi semua tu pengalaman. Daurah ini meliputi 4 kemahiran iaitu kemahiran membaca ( maharatul qiraah), menulis ( maharatul kitabah), mendengar ( maharatul istima') dan bercakap (maharatul muhadathah).







suasana daurah












Dalam pada mengikuti daurah ni, kami mengambil peluang melawat beberapa tempat bersejarah kat bumi Mesir ni...















makam Imam as-Syafi'ie
















piramid















































Jami' Sultan Hasan










Jami' al Azhar
















Jami'ah al Azhar
Far'u lilbanat



















jami' 'Amru Ibn Al-'As...
masjid pertama yg dibina di Mesir dan Afrika...















Qal'ah salahuddin al-Ayubi ( kubu salahuddin al-Ayubi di Iskandariah berhampiran Laut Mediteranean)















Inilah sebahagian daripada tempat2 yg sempat kami lawati..syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dapat kami berada di bumi Mesir ini selama sebulan. Banyak perkara yang dapat kami pelajari secara tidak langsung. mengenai budaya ilmu yang hidup subur di bumi ini. terdapat talaqqi bersama syeikh2..kitab-kitab turath yang mudah didapati di sini...ikatan ukhuwah antara orang arab di sini begitu kuat, kami juga berpeluang belajar bercakap dalam bahasa 'ammi dan menggunakannya apabila berkomunikasi dengan orang arab di sini...akhir skali..kami bersyukur kerana akhirnya Allah mengizinkan kami berpijak di bumi ini walaupun dalam jangka masa yang begitu singkat..


kami berharap diberi peluang sekali lagi pada masa akan datang menziarahi bumi barakah ini..



- sekadar perkongsian pengalaman.....













































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments: