Monday, January 12, 2009

Sebulan di Kaherah........

Begitu cepat masa berlalu, bagaikan baru semalam bertolak ke bumi para anbiya' itu..sekarang sudah berada di Tanah air sendiri. Pada mulanya rasa berat hati nak pergi ke sana, biasalah orang lain seronok menghabiskan masa cuti semester bersama keluarga, tapi kami ditawarkan untuk mengikuti kursus pengukuhan bahasa arab di Universiti Kaherah,Mesir. Atas galakan sahabat2 kugagahkan kaki ini melangkah dan kentalkan semangat dengan satu hadaf iaitu tolibul ilmi...peluang seperti ini bukan selalu datang..dan ia menjadi pembuka jalan kepada kami untuk mengutip sebanyak ilmu di bumi Mesir ini.













Cairo Airport





Kebetulan bulan 12 hingga bln 1 musim sejuk, jadi kami terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan kat sana. Mula-mula memang rasa nak demam sebab tak tahan dengan suhu kat sana. selesema tu kerap kali jugak. Tapi semua tu pengalaman. Daurah ini meliputi 4 kemahiran iaitu kemahiran membaca ( maharatul qiraah), menulis ( maharatul kitabah), mendengar ( maharatul istima') dan bercakap (maharatul muhadathah).







suasana daurah












Dalam pada mengikuti daurah ni, kami mengambil peluang melawat beberapa tempat bersejarah kat bumi Mesir ni...















makam Imam as-Syafi'ie
















piramid















































Jami' Sultan Hasan










Jami' al Azhar
















Jami'ah al Azhar
Far'u lilbanat



















jami' 'Amru Ibn Al-'As...
masjid pertama yg dibina di Mesir dan Afrika...















Qal'ah salahuddin al-Ayubi ( kubu salahuddin al-Ayubi di Iskandariah berhampiran Laut Mediteranean)















Inilah sebahagian daripada tempat2 yg sempat kami lawati..syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dapat kami berada di bumi Mesir ini selama sebulan. Banyak perkara yang dapat kami pelajari secara tidak langsung. mengenai budaya ilmu yang hidup subur di bumi ini. terdapat talaqqi bersama syeikh2..kitab-kitab turath yang mudah didapati di sini...ikatan ukhuwah antara orang arab di sini begitu kuat, kami juga berpeluang belajar bercakap dalam bahasa 'ammi dan menggunakannya apabila berkomunikasi dengan orang arab di sini...akhir skali..kami bersyukur kerana akhirnya Allah mengizinkan kami berpijak di bumi ini walaupun dalam jangka masa yang begitu singkat..


kami berharap diberi peluang sekali lagi pada masa akan datang menziarahi bumi barakah ini..



- sekadar perkongsian pengalaman.....













































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Thursday, January 8, 2009

Apa dia qunut nazilah?

Qunut nazilah ialah qunut yang dibaca apabila sesuatu nazilah (musibah) menimpa umat Islam. Rasulullah s.a.w. melakukan qunut nazilah untuk memohon kekuatan bagi pihak muslimin dan kelemahan dan kekalahan bagi pihak musuh muslimin. Bila dan bagaimana membacanya? Di baca ketika solat-solat fardhu berjemaah semasa rakaat terakhir selepas rukuk.

Contoh Qunut Nazilah

اللهُمَّ إنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلَا نَكْفُرُكَ ، اللهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ
نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إنَّ عَذَابَكَ الجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اللهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ أهْل الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ اللهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسلمين، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن, اللهم أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ يا رب العالمين.. اللهم اِنَّنَا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِم, اللهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم, يا الله, يا الله, يا الله.اللهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابَ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابَ وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابَ اِهْزِمْهُمْ وَاْنصُرْنَا عَلَيْهِمْ.اللَّهُمَّ أَنْجِ المسلمين في فلسطين اللَّهُمَّ أَنْجِ المسلمين في كُلِّ مَكَان, اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ, اللَّهُمَّ أهْلِكْ أمْرِيْكَانَ وَمَنْ وَالَاهُمْ, اللهُمَّ أَهْلِكِ الْيَهُوْدَ وَمَنْ وَالَاهُمْ,اللهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سَبِيْلِكْ، والْمُضْطَهَدِيْنَ فِيْ دِيْنِهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ، اللهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا فِيْ فَلَسْطِيْن ، اللهُمَّ انْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ، اللهُمَّ اجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، وَوَحِّدْ صُفُوْفَهُمْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ, رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ.


Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir,

Ya Allah azablah orang-orang kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agama (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghut dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam.

Ya Allah kami serahkan leher-leher musuh kami (kepadaMu) dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan himpunan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai tuhan yang maha gagah, wahai tuhan yang maha keras, wahai tuhan yang maha membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Ya Allah, wahai tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai tuhan yang menjalankan awan, wahai tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.

Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah hancurkan Amerika dan sekutu-sekutunya, Ya Allah hancurkan Yahudi dan sekutu-sekutunya.Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai tuhan sekalian alam, Wahai tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.”