Sunday, August 10, 2008

Wanita Acuan Al-Quran



Wanita acuan Al-Quran ialah seorang wanita yang berimanYang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWTYang sentiasa haus dengan ilmuYang sentiasa dahaga dengan pahalaYang solatya adalah maruah dirinyaYang tidak pernah takut berkata benarYang tidak pernah gentar melawan nafsuWanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menjaga tuturkatanyaYang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikiyaYang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinyaYang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindungYang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai ramai musuh


Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menghormati ibubapanyaYang sentiasa berbakti kepada kedua ibubapanyaYang bakal membahagiakan keharmonian rumahtanggaYang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama IslamYang auratnya dikhaskan buat suami tercintaYang mengamalkan cara hidup penuh kesederhanaanKerana dunia baginya adalah rumah sementarta menunggu akhirat


Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanyaYang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifatRasulullah SAW sertaWanita sufi yang digariskan dalam kalamullahYang boleh diajak berbincang dan berbicaraYang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atas-Nya


Wanita acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masaMatanya kepenatan kerana kuat membacaYang suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikirYang tidurnya lena dengan cahaya keimananBangun subuhnya penuh kecerdasanKerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematanganWanita acuan Al-Quran sentiasa mengingati matiYang baginya hidup di dunia adalah ladang di akhiratYang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijagaMeneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudianbersama lelaki…


Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang tidak pernahterpesona dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan syurgaDi situlah rumah impiannyaBersama lelaki acuan Al-Quran ganjaran Allah SWTSemoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran....

No comments: