Monday, August 3, 2009

Iman Semut VS Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut !!!

Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".


Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Itulah iman manusia (kita) !!!

Monday, July 13, 2009

TazQiRah

Assalamu'alaikum w.b.t ..Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemudengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khususuntuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul diBaabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggilRasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirahseperti berikut:"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,"Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh dibawah:Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampusagaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanitamemang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakasrumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas.Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi berertitidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorangsuami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesenpun']Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita kedalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. RasulullahSAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Bagindasendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.b)

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisahyang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazanbererti berdukacita"c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hariRasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernahbersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapatsifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Peringatan Terakhir - Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” - jangan biarkan diri anda
Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan
Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.
Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

Sunday, July 12, 2009

Q n A

DGN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH,MAHA PENGASIH

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yangperlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali namaNabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanyadisebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebabitu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukansemata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalamAl-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalamBible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat?Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabidan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.


3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan NabiMuhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahajanabi Isa itu Tuhan kan? Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yangtelah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (NabiIsa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (NabiIsa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zamannanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yangterakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahunkelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anaksulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahirtanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je?Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankahrambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini,kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untukdimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa? Sains telah buktikan,sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh(sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyaknyawa manusia.


9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria,bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana diatidak ade deria?


10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik" Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekorcicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" Kita jawab ,"Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makanbinatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigitaring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh,tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan?Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, takkesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apayang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi? Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. DalamIslam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam SembahAllah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembahberhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untukmelaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islamhari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC,orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kitauntuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelumbaginda kan betul2 juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semuakaum dan sepanjang zaman.Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya alakadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.


Di sini hanya menyampaikan sahaja.Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...WALlahua'lam

Murabbi...

Sudah sebulan aku di SRIIDU....meneruskan perjuangan mendidik dan membimbing permata Islam di Bumi ini. Pada awal pengajaran aku berasa sedikit tertekan berhadapan dengan permata-permata ini. Baru aku sedar mendidik dan membimbing mereka adalah satu amanah yang besar .

Di sini lah akhlak mereka dibentuk, ilmu mereka ditambah, kemahiran mereka diasah. Teringatku tentang tugas Rasulullah s.a.w sebagai murabbi, mendidik dan membimbing ahli bait n sahabiah baginda serta umat Islam ke jalan Allah. Begitu banyak ujian yang dihadapi oleh baginda di mana ketika baginda menyampaikan dakwah baginda ditertawakan, diejek, dibaling dengan batu sehingga mengalir darah dari tubuh baginda. Peritnya ujian itu...dalam perjuangan menyampaikan risalah tauhid, baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya kerana baginda yakin Allah bersama baginda.

Adakah kita mampu untuk mencontohi akhlak baginda sebagai murabbi?- menyampaikan ilmu-ilmu Allah yang seluas lautan kepada mereka yang memerlukan ilmu itu sebagai cahaya menerangi mereka yang berada dalam kegelapan.

Namun kita semua tahu tahap kemampuan kita dan selalu berdoa " Ya Allah janganlah engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat yang tidak mampu kami memikulnya seperti mana Engakau berikan kepada orang sebelum kami"..... kita sebagai manusia yang lemah tidak mampu untuk menanggung bebanan dan ujian seperti mana yang diberikan kepada para Nabi. oleh itu, kita seharusnya tidak mengeluh atas ujian hidup yang diberikan...malah kita harus bersyukur dengan ujian kecil inilah menjadikan diri kita semakin dekat kepadaNYA....sekadar renungan.

Sunday, March 22, 2009

Keteguhan Sumayyah

SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad.


Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman. Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam. Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam.



Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam. Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan. PenyeksaanKeluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat.


Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia mempertahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah. Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya.



Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!”

Wednesday, March 11, 2009

How to Maintain Love for the Prophet




The strength of love for the Messenger (peace and blessings be upon him) is connected to the Muslim’s faith. When his faith increases, his love for the Prophet (peace and blessings be upon him) increases. Loving the Prophet (peace and blessings be upon him) is an act of obedience to Allah and a means of drawing closer to Him. Loving the Prophet (peace and blessings be upon him) is one of the obligatory duties in Islam.It was narrated that Anas said: The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “None of you truly believes until I am more beloved to him than his father, his child and all the people.” (Al-Bukhari and Muslim)Our love of the Prophet (peace and blessings be upon him) is bound to be enhanced if we read his seerah (biography) and study the examples from his life as diligently set out in the Sunnah. Such studies have moved thousands of scholars throughout the centuries to dedicate their entire lives to learning and transmitting them. The library is full of their works.

In order to enhance your love of the Prophet, think of the following:

1. Think of this humble servant of Allah who never tired of reminding himself that he was a humble servant of Allah. He said, "I am a servant of Allah; I eat like a servant, sit like a servant and walk like a servant."

2. Think of his lofty morals and his compassion towards the most vulnerable, the women, children and animals. We learn that he would be moved to tears for the death of a child, and he would commiserate with a child for the death of his nightingale.

3. Think of his qualities as a boss who never picked faults. The young man who had served him ten long years said, "I served the Messenger of Allah ten years, and yet not even once did he condemn me for something I did wrong or failed to do right!"

4. Through his excellent morals and conduct, he earned the love of everyone around him, men and women, young and old. Even his enemies noted that they never saw such expressions of love shown towards any temporal or spiritual leader before him.

5. His selfless and self-effacing behavior turned his hardened enemies into his ardent admirers who were ready to give their lives for the sake of him and his mission. Look at `Umar, Safwan, `Ikrimah and Khalid and many others who had been once his fiercest adversaries.

6. The Prophet (peace and blessings be upon him) was born an orphan and died like an orphan. In other words, his lifestyle never changed. He reminded a person who feared his might, "Take it easy! You have no reason to fear me! I am not a king, but the son of an old woman of Quraish who used to survive on dry meat!"

7. He consistently and vigorously opposed any forms of self-adulation and self-adoration so that he even forbade his people standing up in reverence for him. Prior to his death, one of his stern warnings addressed to his followers was, "Do not venerate me as the Christians venerated Jesus, son of Mary. I am only servant of Allah and His Messenger!" (Al-Bukhari)
May Allah shower His choicest blessings on His servant and chosen Messenger Muhammad and his family and companions; and may the Beneficent Lord raise us all under his flag on the Day of Resurrection. Ameen.
**********
by: *Sheikh Ahmad Kutty is a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada. This article was taken and modified from IslamOnline.net on 2nd of March 2009.

Wednesday, February 18, 2009

Tanda Pencipta mencintai manusia



Tajdid Iman:Dr Juanda Jaya




APABILA rakyat mencintai rajanya, hal itu perkara lazim dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.
Begitulah cinta Allah kepada hamba-Nya. Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya. Firman Allah bermaksud:
Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.
Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:


Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dia menjadi begitu berminat dengan ibadah.
Adakalanya sesetengah orang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mencintai Allah.
Tetapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju dan mundur, turun dan naik, akhirnya tenggelam pula dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu Allah mencintai dirinya.

Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah Allah mengisytiharkan nama kita sebagai orang dicintai-Nya?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)


Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa.
Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak dan isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta Allah kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.



Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila maksiat membuat dia bangkit mendekati Allah.
Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar.
Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun.

Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)


Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit di hatinya, tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisi-Nya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:


“Tuhan kita turun ke langit dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman: Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya aku terima, siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya Aku ampuni.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Mengapa Allah masih mencari hamba-Nya yang jahat, membangkang dan suka berpaling dengan sombong? Kecintaan apakah itu yang boleh memaafkan sekeji-keji dan sehina-hina manusia? Betapa lembutnya Allah dan Maha Pengasih lagi Penyayang kepada makhluk-Nya.
Dengan cinta-Nya ditutupi segala aib hamba yang hina, memberi peluang berjuta kali dan menangguhkan seksa untuk tetap setia menunggu di langit dunia, bilakah agaknya hamba-Nya ini mahu membersihkan diri.

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”


Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar.
Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan dikirim ke atas hati manusia petunjuk hidayah-Nya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.

Manusia dibekalkan hati, perasaan, akal dan fikiran untuk membezakan mana baik serta yang keji. Tidak cukup dengan itu, diutuskan juga Rasul, diturunkan al-Quran, dilahirkan pejuang agama-Nya terpilih untuk menerangi kegelapan seraya berdakwah fisabilillah.
Allah juga menjaga pusaka peninggalan Rasul iaitu ilmu Islam, menjaga al-Quran daripada pencerobohan manusia dan mewariskan sunnah Rasul-Nya supaya menjadi ikutan.


Baginda SAW bersabda bermaksud:
“Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my